SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, April 1, 2016

Dyslexia Awareness Through Sukaneka

Assalamualaikum



Memang tak planned nak pegi pun
tiba-tiba Friday lepas cikgu Fahim bg voucher ni
dia cakap...ada orang sedekah...semua dapat
tapi yang masalahnya....ramai tak boleh pegi
jadinya..a.k.u kesian..amik jugaklah voucher tu
ingatkan satu buku je...rupa-rupanya cikgu bagi sampai 4 buku
satu buku bernilai RM30 x 4 = RM120
banyak ok
so gigih jugak lah pegi walaupun tak sihat
lagipun encik suami pun keje Sabtu tu
mula-mula beliau nak hantar..
pastu dok pusing-pusing di Bangsar...
salah masuk pintu....
jadinya....dia teros pegi keje..saya pulak kena pegi sendiri..
tapi ok gak..sbb..nak naik public transport macam jauh nak menapak nanti..




tempat pertama yang a.k.u terjah Waffle Ice-Cream ni
not bad..sedap dan murah...waffle ni mmg memenuhi citarasa saya...
cara dia organise customer pun....sangat best...





nampak menyelerakan kan kan kan..




kedua saya beli cheesy wedges.
tapi tak de gambar gara-gara bertapak di kedai di bawah ni...




dari perbualan dia dengan customer lain
nampak sangat mereka ni baru
so memang semua macam tak teratur
dari segi customer management, food management...
serba serbi..kesian pun ada
itu tak cukup
ini tak cukup...
dan a.k.u kena tunggu food ni lebih dari satu jam ok
si Fahim siap dah boleh tido tersandar kepala kat tayar foodtruck dia orang ni...

a.k.u pulak bila Fahim dah gitu
memang teros bersuara lah kan
dari tadi dok istiqomah tak moh tanya..sbb paham deme dalam kesusahan
tapi bila dah jadi begini..yaaaaa..teros bertanya...
dikkkk lama lagi kah..tengokk ni ...anak akak dah tertido berbantal tayar dah ni..

muka serba salah tu..tak payah cakap lah
kesian tu memang kesian kan
tapi what to do

but ... tu satu hal
bila dapat food dia..
the price is not as what the food is..
cuma ada dua ketul squid yang mmmmmm..
dan pasta dia....tak de rasa..

dikkk gelabah ye dik?
ramai orang tunggu tu tak payah cakap lah kannn
confirmed gelabah..
tapi cara korang approach customer kena tunggu about 1/2 hour tu
macam tak betul lah
more than that ok.....

so...untuk kemudahan di masa depan
inventory tu kena jaga dik ye
u oll jual pasta
make sure ur pasta enough
u oll jual soda drinks
make sure the soda enough jugak

ni kejap kejap nak kena pegi beli..
parahhhh dikkkk......




dan di dalam kemarahan yang tidak kesampaian tu
tetiba Fahim bersuara..
"Ibu..lapar lah"

Ya Allahhhhh
ibu baru ingat Fahim tak makan dari pagi ok
sbb takde satu pun makanan Fahim di jual di situ..

kesian kann
punya dok fikir fikir dan fikir
akhirnya Ibu decided untuk pegi makan di Ikan Bakar Tanglin..
so berpusing-pusinglah ibu mencari tempat nya
dan akhirnya..ibu masuk di jalan yang salah..
nasib baik tak banyak kereta kan..belasah jelahhhh

dapatlah akhirnya Fahim makannnn...





ni gambar sebelom tertido..
dah penat sangat agaknya menunggu..
abis segala tok nek batu...bunga..daun di kutipnya..
ni satu yang dia paling suka...
bunga..siap letak kat telinga...ha ha ha..
tapi lepas ni...dia teros terlelap...
sorry anak ye..ibu terlalu bersabar sampai lupa anak ibu tak makan dari pagi ...




No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...