SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, September 22, 2014

Sejarah Buah Lemon

Assalamualaikum




hari ni kita belajar pasal sejarah ye
asik cite merapu je kan..

ha ha ha



dah kenapa masuk bab sejarah pulak
pastu pasal sejarah lemon ye
dah tak de keje lain?


kekdahnya...
a.k.u ke cafe untuk membeli sarapan pagi seperti biasa
makanya a.k.u pun memesan air lemon with honey
tetiba je..dia cakap lemon tak de
ehhh.....a.k.u nampak je lemon
lemon yang berwarna kuning bulat ada..lonjong pun ada...
a.k.u musykil..pagi-pagi dah buat soalan cepumas
betullah tu lemon..mati-mati dia kata bukan
tetapi mmg betul pun buah tu buah lemon..dia saja kan nak pekena a.k.u




ehhh...bukan hanya di situ..
dia tanya lagi
LEMON DALAM BAHASA MELAYU APA?
adoiiiii......abe..soalan ape abe buat pagi-pagi ni
saya dah lah miong......
amik air..terus chiow

tapi dalam otak ni dok gak berfikir-fikir...
LEMON DALAM BAHASA MELAYU APE YE??

terus google tau....eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...saja ok orang cafe neiH

dari wikipidea berbunyi..


Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. 


Sejarah

Asal tepat dari lemon masih misteri, walaupun dianggap secara meluas bahawa lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China.[1][2] Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700. Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapin, dilaporkan merupakan hibrid antara oren pahit dan sitron. 
Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa pada pertengahan abad ke-15. Beliau kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493 ketika Christopher Columbus membawa biji lemon untuk Hispaniola sepanjang perjalanan itu. Penaklukan Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan biji lemon. Ia terutama digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad ke-18 dan 19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California, ketika itu lemon mula digunakan dalam masakan dan perisa.

Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.

Jalur etimologi perkataan lemon menunjukkan asal Timur Tengah. Salah satu sebutan paling awal "lemon" dijumpai dalam dokumen Inggeris Tengah kebiasaan 1420-1421, yang menarik dari lemon Perancis Lama, dari situ ke limone Itali, daripada laymūnatau limun Arab, dari līmūn Parsi.


a.k.u pasti jawapannya masih lemon
ke memang ada nama lain???

tapi yang pastinya..baru ku tahu..LEMON berasal dari Asia
a.k.u dok ingat buah ni datang dari negara omputih.....
mmm nampak sangat tak tahu kannn...

ok lah...
malas nak serabut kan kepala dengan soalan cepumas di pagi Isnin...

jom layan Lemon with Honey suam...



ehh lupa....
kenapa sekarang minom air nieH..
haaaaa jom kite tengok ape khasiatnya

  1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
  2. Memperbaiki sistem pencernaan
  3. Menghilangkan bau mulut
  4. Memberikan kulit sihat
  5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
  6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
  7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
  8. Memberikan lebih tenaga
  9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
  10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik


amacam??
banyak khasiat kan..
a.k.u yakin banyak lagi khasiat-khasiat buah lemon
google je...memang macam-macam keluar...

jom kite amalkan!!

No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...